Semua persoalan lazim sudah terjawab di sini dan jika anda masih memerlukan pertolongan, sila hubungi kami halaman hubungi.
FAQ
Apakah topik yang boleh saya tanya di sini?
Forum blogfaiz merupakan forum bebas dan anda boleh bertanyakan apa sahaja soalan dan setiap soalan anda akan dijawab secara percuma oleh ahli di sini.
Apa tujuan forum ini?
Pada asalnya forum ini ditubuhkan untuk mengumpulkan blogger-blogger dari seluruh Malaysia untuk berbincang di sini mengenai apa saja dunia blogging tapi sekarang ianya dibuka untuk membincangkan pelbagai topik untuk semua rakyat Malaysia.
Apa bezanya tanya soalan di sini berbanding dengan Facebook?
Jika anda bertanyakan sesuatu di Facebook ibarat anda tidak memakai apa-apa pakaian di khalayak ramai. Tapi berbeza di sini anda boleh tanya soalan tapi pada masa yang sama anda boleh sembunyikan identiti anda.
Boleh ke berkata-kata kesat di sini?
Tidak Boleh. Untuk menjaga keharmonian forum, kami tidak benarkan sesiapapun maki memaki antara satu sama lain dan jika didapati kami akan ban akaun anda.
Macam mana nak dapatkan jawapan yang bagus?
Untuk dapatkan jawapan yang bagus dari ahli di sini, sila menulis dengan menggunakan bahasa baku yang boleh difahami. Bukan bahasa SMS yang ringkas dan pendek. Jelaskan pertanyaan anda dengan sebaik mungkin.