saya kena scam pelaburan XM. mula2 saya ikut yg modal basic rm500. bila sy dah masuk, utk kluarkan untung 7800, sy kena diminta utk masukkan wang rm2250 supaya transaksi ke bank dapat dibuat. katanya tunggu 5 minit gitu tapi lepas tu mintak lagi 10,000. cakap pengeluaran saya pending sebab account status x boleh kluarkan. saya dah bincang dia last2 ignore saya maka saya cari solusi utk masalah saya ni. saya buntu. bantu saya. apa perlu saya buat?
sebelum kita discuss dengan lebih lanjut, boleh tak cik senaraikan semua akaun bank scammer tu sini…Mana tahu ada ahli sini kena scam dengan orang yang sama boleh buat report polis sama2…lagi kuat report polis tu nanti…
ini satu2 nya number account yg saya disuruh bank in.
BANK: CIMB BANK
NAME: AZIZ BIN ABRAIL
NO ACC=7039676094
Total lost : RM 2750
Berapa nombor akaun puan bank in? Biasanya scammer ni bagi banyak nombor akaun…Serius sumpah saya sedih bila puan kena tipu hidup2 macam ni…Puan kena lihat la akaun siapa dia bagi tu…Tu akaun individu…Kalau main trade bank in ke akaun individu 100% scammer…yang bank in ke akaun syarikat pun masih ada kena tipu…tolong tulis dan senaraikan di sini semua akaun bank scammer tu…
ya betul account individu. itulah nasik jd bubur. dah nak 2 tahun saya hold nak ikut pelaburan tu akhirnya terkena jugak. selalu jadi pemerhati je. puas sy search kalau ada penipuan tp sy x jumpa bekenaan nama xm sebelum ni. sekarang mereka cuba yakinkan saya lagi yg once dh masukkan 10k, sy akan dpt balik semua tu. hancur luluh hati sy. kehidupan yg terdesak buatkan sy hilang pertimbangan jd x fokus. semalam da buat polis report sy report atas alasan masuk duit ke account yg salah. harap harini ada rezki sy dpt pertolongan dari bank. sy penat sangat sbb apa yg berlaku terus buatkan sy anxiety teruk. mohon doakan saya ya. saya harus berjuang utk anak saya ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Kak hal yg sm menimpah sye bole chat sy tak kt 01136186700
Kak,boleh chat saya jugak. Saya pun kena mcm akk. 0173847351
Memang puan tak jumpa nombor akaun scammer tu sebab mereka akan tukar banyak kali akaun tu. Dalam sebulan mungkin 10 kali mereka tukar nombor akaun sebab nombor akaun tu nombor akaun keldai. Dari segi percakapan, saya tengok ni orang indo. Bukan orang melayu betul.
Mereka cari penyewa yang boleh sewa akaun bank kemudian mereka buat aktiviti scammer ni. Pemilik akaun bank ni bukanlah scammer sebenar. Akaun mereka hanya digunakan oleh scammer.
Tapi, pemilik akaun tu pun tetap salah sebab walaupun bukan dia scammer tapi dia sanggup dibayar oleh scammer untuk menipu orang macam ni.
Sebenarnya cara beritahu report salah bank in tu sebab dah ada orang berjaya buat macam tu. Tapi saya tak galakkan pun buat report salah bank in sebab nanti cerita jadi berbelit-belit melainkan puan betul2 dapat meyakinkan.
Untuk report salah bank in pun hanya jika puan buat sekali transaksi sahaja. Jika buat dua kali transaksi jadi berbelit pula. Takkan salah bank in dua kali kan?
Apa polis beritahu masa report tu dibuat?
sy mencuba sahaja. sebab kalau saya bagitau kena scam pun memang bank x kan bantu. sy berserah kat Allah je lagi. dapat x dapat saya kena redha 😠Harap saya boleh bantu yg lain dari jadi mangsa seterusnya. Pasal report polis tu saya cerita kemudian. nanti saya update tengok mcmmana bank tengok report tu nanti. doakan untuk saya ye. mana tau doa awak satu2nya yg diangkat ke langit 😢
Lepas buat report polis ada pergi bank tak?
Dah pegi kedua2 bank. done submit report di kedua bank. xtau apa next update. sy x meletakkan harapan tinggi. but jujur cakap mmg sangat berharap ada rezki kami pada duit tu. semua dgn izin Allah SWT. selagi boleh berjuang, sy akan terus berjuang 😞
Ok..betul dah tu caranya…
cuma kalau nak bank atau polis betul-betul bantu, print segala bukti termasuk perbualan whatsapp bagi mereka baca…
Jika mereka baca perbualan whatsapp puan dengan scammer tu, saya rasa mungkin mereka lebih yakin nak bantu puan…
Nampaknya dah ada sorang mangsa sama dengan puan…boleh contact dia bincang…
baik. sy akan chat dia. sy akan buat follow up lagi kat bank isnin depan. harap yg in chas kat bank tu x cuti lagi. apa2 sy update