Kena scam dengan kawan

hazawani91

New member
Saya kena scam tahun 2021,masa tu kawan saya mencadangkan saya untuk buat pelaburan dengan dia berjumlah 5 ribu ringgit,dalam waktu pelaburan tu..saya meminta untuk tarik diri… selepas buat keputusan untuk tarik diri…saya mendapat emel yang mengatakan syarikat tersebut akan pulangkan duit saya..jumlah yang nak dipulangkan pon tepat…awal nye saya bagi akaun saya yang sememangnya kosong untuk urusan transaksi..

malangnya syarikat tersebut mengatakan dia perlu berurusan dengan kawan saya..kerana kawan saya yang menjadi gerento untuk duit tersebut…selepas seminggu kes tersebut…kawan saya menghilang diri..dan emel saya dari syarikat tersebut tidak dibalas sampai ke hari ni…ape yang saya perlu buat?
 
Kes ni macam ni. Sebab dari apa yang tuan ceritakan, sama dengan apa yg berlaku pada kawan saya sendiri.

Sebenarnya kawan tuan tu pun kena scam dengan company tu. Cuma mungkin dia dapat komisyen bila tarik tuan join.

Bila tuan join RM5000, kemudian dia bayar pada company dan dia akan ada sedikit komisyen. Contohnya 10% komisyen. Dapatlah dia RM500.

Tapi, last2 baru dapat tahu company ni adalah company scam. Duit dah bayar pada company, then company lari.

Kawan tuan ni pula, pun terkena scam. Nak bayar balik pada tuan, tapi duit dah kena lari oleh company.

Jadi dalam kes ni xboleh nak salahkan kawan tuan juga. Dia pun jadi mangsa keadaan. Dia buntu nak kena bayar balik sebab tu lari. Sebab duit company tu dah ambil.

Sebelum saya jawab, sy ada beberapa soalan dulu di sini supaya saya boleh jawab dengan tepat.

  1. Tuan bayar cash by hand atau bank in?
  2. Bila tarikh bayar?
  3. Ada resit bukti pembayaran tak?
  4. Ada apa2 perjanjian bertulis atau hanya cakap mulut?
 

Members online

No members online now.

Forum statistics

Threads
55
Messages
200
Members
53
Latest member
jocelynripin
Top