Kena scam pelaburan saham Asset2u

naura

New member
Saya telah terperdaya dengan pelaburan saham daripada Asset2u. Dan telah memilih untuk memasukkan modal sebanyak rm550 sebagai permulaan pelaburan dan mereka menjanji kan pulangan modal semula bila tidak mendapat hasil daripada pelaburan dalam 24jam. Dan pada keesokakn hari nya saya di beritahu yang saya telah mendapat hasil daripada pelaburan itu sebanyak rm15900.

asset2u scammer.jpg

Tetapi untuk proses cashout profit, saya perlu membayar komisyen sebanyak 13% daripada jumlah keuntungan yang di perolehi. Iaitu rm15900 ×13% = rm2067. Tetapi selepas saya sudah memasukkan duit sebanyak yang dikhendaki, tidak lama selepas itu saya kena lagi membuat bayaran untuk dokumen kelulusan untuk duit jadi legal iaitu sebanyak rm2380. Tapi cashout tetap tidak dapat dibuat pada hari yang sama kerana saya telah terlewat membuat bayaran itu dan cashout department telah tutup untuk memproses cashout saya itu.

Saya diberitahu untuk tunggu hari esok nya, untuk dia proses cashout tersebut. Dan bila hari keesokanya, saya diberitahu untuk membuat bayaran tambahan lagi untuk sst& gst iaitu sebanyak rm2774 kalau tidak buat bayaran itu pihak LHDN akan kacau saya apabila saya dapat duit hasil pelaburan tersebut. Tetapi saya tidak membuat bayaran seperti yang dikehendaki itu kerana saya betul2 tidak mempuanyai wang lagi untuk membuat sebarang bayaran lagi dan meminta pihaknya memulangkan semula duit saya itu dan tidak lagi mahu kan duit hasil pelaburan tersebut. Dia memberi tahu saya yang saya boleh membuat refund untuk semua bayaran yang saya telah lakukan tetapi kena tunggu selama 7 hari untuk proses refund.

Dan selepas 7 hari saya watpps semula bertanya kan status refund saya. Dia hanya diam sahaja tanpa membalas wtapps saya itu.

Persoalan saya sekarang apa perlu saya lakukan? Adakah saya boleh mendapat semula duit bayaran yang telah saya buat itu? Tolong bantu saya. Saya buntu jumlah kerugian saya sebanyak rm5 ribu dan saya seorang ibu tunggal ada anak.
 
sya pun terpedaya dengn job scamm..repot polis dah..repot 997 dan bnk pn sudah..xtawla ad rezki lg ke x..sabr byk2 yer puan..smga diberikan rezki yg lg mlimpah selepas ini..
 
Ni confirm scam…cuba buat report pada semua agensi.

  • Polis
  • SKMM
  • Bank

Harap mereka dapat bantu puan selesaikan masalah ni dengan segera.

Nasihat saya pada orang lain, bila ada kes kena bayar untuk cashout, tu confirm scam. Kalau mereka nak bayar pada kita, boleh terus bayar. Kita tak perlu bayar pada mereka dulu untuk kita dapatkan bayaran.
 

Members online

No members online now.

Forum statistics

Threads
55
Messages
200
Members
53
Latest member
jocelynripin
Top