wang disekat

ema

New member
assalammualaikum, saya baru sahaja join satu kerja part time ni. kerjanya adalah saya kena selesaikan task dan mereka akan bayar saya refund dan commision 10%. mula2 tu menjadi sbb saya dah bayar rm110 dan dapat pulangan rm 122. tapi bila saya buat task kedua, task tu punya amount total rm3879 untuk 2 item. tapi disebabkan saya tak cukup duit jadi saya pinjam pada kawan2. bila dah bank in dia kata saya lambat bayar so system tak boleh proceed refund dan saya kena buat extra task untuk dapatkan payment tu. tapi task tu harga rm4999 dan saya takde wang nak habiskan task tu. bila saya nak quit dan mintak diorang pulangkan semula wang saya tanpa commission, diorang tak reply pon. apa perlu saya buat ya.
 
saya dah semak dua akaun ni memang akaun keldai.

maksudnya scammer orang lain tapi guna akaun orang lain.

Tapi pemilik akaun tu tahu. Sebenarnya kalau nak dapatkan balik tu sangat mudah. Tapi kita tersekat dengan undang-undang.

Si scammer ni memang sengaja suruh kita bank in dalam berbeza-beza akaun supaya untuk mengelirukan polis dan menyusahkan polis untuk mendakwa mereka.

Jadi nasihat saya, first sekali pergi ke balai cerita yang sebetulnya apa yang berlaku. Lepas dah siap report, pergi ke bank untuk dapatkan nasihat daripada mereka supaya dapatkan semula wang tersebut.

Kalau boleh sebelum pergi ke balai tu, kumpul semua dulu bukti yang ada. Screenshot perbualan whatsapp/mesej dan print atas kertas untuk memudahkan urusan polis dan juga kita sendiri.
 
Baik, terima kasih. Saya akan cuba.

Maaf lupa nak tanya, lepas buat laporan polis nak ke bank kita ataupun bank pihak scammer BSN dan CIMB tu ya. Apa-apa pun terima kasih sudi membantu
 

Members online

No members online now.

Forum statistics

Threads
55
Messages
200
Members
53
Latest member
jocelynripin
Top