Ingat beli Emas Lelong Murah, rupanya kena scam. Macamana Nak dapatkan balik duit Saya?

Nfaziz

New member
Saya beli 2 rantai tangan emas dari Lelong Emas 916 dlm Telegram(screenshot1) dengan Harga RM1,895.00. Saya transfer dari akaun Maybank saya ke:
BSN
1211829000291913
ROBBII GHOFAROLII

Lepas tu Si Seller yang namanya 'Fyra Shafira' hantar watsapp kat saya minta bayaran deposit RM2750 sebelum barang Emas dihantar.(lihat file kedua attached). Saya dah rasa lain tapi tetap bank in deposit tu ke akaun bank dibawah sebab dia kata lepas bank in akan dapat balik duit dlm 5-10 Minit:

BANK RAKYAT
2245872977
HERMAYANI BINTI SUCIONO

Lepas bank in RM2750 pkl 532ptg, dia hantar watsapp Surat Lelong (file#3 attached) pkl 649 ptg. Deposit masih tak pulangkan lagi.

Lepas tu, dia hantar watsapp mesej dibawah:
"Item anda sedia untuk dihantar
sebelum barang dihantar pelanggan perlu membuat cad id, yang berguna untuk pembelian seterusnya, fungsi cad id ialah jika pelanggan membeli barang lain, ia tidak lagi dikenakan kos tambahan, cukup dengan harga barang, dan kad id ini mesti kita buat untuk new customer dan untuk kos pembuatan sementara adalah *RM5750.00*
Kenapa mahal?, kerana ia memerlukan keputusan daripada pemegang pajak gadai, cukai pajak gadai, eksaise Tetapi wang yang anda belanjakan kami akan pulangkan semuanya dalam masa 5 minit.;"

Saya memang berkeras tiada duit sebanyak itu untuk bayar dan meminta supaya dipulangkan amount RM1895 serta deposit RM2750 kerana Saya tiada RM5750 deposit tambahan untuk kad id macam yang mereka perkatakan.
Namun si Fyra masih insist saya kena bayar RM5750 sebagai procedure terakhir sebelum barang emas yang Saya beli mereka hantar.

Saya Masih in touch dgn 'seller Fyra' melalui watsapp # 011-70299699. Semalam adik ipar Saya dah pergi ke alamat dlm watsapp profile di Banting, memang ada kedai Emas Lelong tapi bukan owner Fyra Shafira.

Saya Tahu dah kena SCAM. Tolong Bantu Saya apa yg perlu Saya buat sekarang untuk dapatkan duit Saya semula (total RM1895 serta deposit RM2750).

Terima kasih.
 

Attachments

  • Screenshot_20230906_203035.jpg
    Screenshot_20230906_203035.jpg
    558.8 KB · Views: 2
  • Screenshot_20230906_204853.jpg
    Screenshot_20230906_204853.jpg
    293.6 KB · Views: 2
  • Screenshot_20230906_224136.jpg
    Screenshot_20230906_224136.jpg
    283.8 KB · Views: 2

Members online

No members online now.

Forum statistics

Threads
55
Messages
200
Members
53
Latest member
jocelynripin
Top