KENA SCAM DENGAN SYARIKAT LOAN BERDAFTAR

aina99

New member
Salam, saya di scam selepas menjumpai satu syarikat berdaftar under ssm dan kpkt di google. Saya ada baca untuk kita tau itu scammer atau tak boleh check di i-kredikom saya pon dah semak and memang ada, cuma tula ilmu pasal scammer ni tak meluas lagi selepas kena dan cari di macam2 media sosial pasal scammer ni, rupanya kegiatan diorg takde beza cara.

Selepas saya berhubung dengan beliau melalui ws mereka meminta saya untuk memberikan ic dan 3 bulan slip gaji untuk mereka buat semakan. Selepas mereka semak dan memberitahu yang saya lulus, mereka meminta untuk transfer rm480 untuk stamping fee di acc ambank yang saya sertakan gambar dibawah, saya tak ragu sebab sebelum tu saya ada contact lagi sorang dan dia meminta benda yang sama so saya ingat itu adalah common.

Since ini adalah pertama kali saya mencuba untuk membuat pinjaman, selepas saya berjaya transfer ke akaun tersebut, datang satu lagi no tel konon dari syarikat yang sama tapi bahagian officer untuk maklumkan mereka cuba transfer ke saya tapi tak berjaya sebab markah scoring saya jatuh. Memang betul saya blom buat bayaran lagi untuk ptptn tapi ntah kenapa saya tak fikir padahal saya tau ptptn tu takde effect untuk scoring, mereka meminta untuk transfer pada akaun ambank yang sama tapi berjumlah rm1300, selepas transfer mereka kata mereka akan cuba untuk transfer tapi masih tak berjaya dan meminta untuk transfer amount yang sama rm1300 pada akaun yang sama tapi dari situ saya mula research di fb dan menjumpai kes yang sebijik dengan saya, saya sudah membuat polis report dan baru membuat bank report, apa lagi yang perlu saya buat untuk dapatkan duit saya ya?

No akaun scammer ambank-8881048032936 (mohd izwan bin zulkifli)

scammer loan berdaftar-4.jpeg scammer loan berdaftar-3.jpeg

scammer loan berdaftar-1.jpeg scammer loan berdaftar-2.jpeg

scammer loan berdaftar-5.jpeg
 
saya buat report pada 30hb june dan harini pada 5 julai saya semak no akaun tersebut dah mempunyai 4 report yang berbeza, sebelum saya buat transfer saya dah semak pada akaun ccid untuk maklumat akaun jika terdapat report tapi masih clean, rupanya mangsa2 yang bersama saya ramai
 
Kes ini sama terjadi pada saya semalam. setelah wang jaminan saya transfer sebanyak Rm500, pihak ketiga meminta lagi wang insurance berjumlah Rm1580. Dia menjanjikan akan terus transfer masuk jumlah pinjaman beserta wang jaminan Rm500 tadi dalam masa 15 minit. Malangnya masa tu saya agak busy ngan kerja dan tidak memeriksa details company mereka. company mereka tidak berdaftar.

Saya ingin membuat report polis dan pihak bank hari ini. soalan saya, cara report yg mana 1 perlu saya lakukan? perlu ke saya nyatakan pada polis situasi yg sebenar yg saya kena scam ngan pihak pinjaman wang ini atau just buat report kita salah masuk duit?

Harap dapat kongsikan pendapat atau pengalaman korang.. terima kasih
 
saya buat report pada 30hb june dan harini pada 5 julai saya semak no akaun tersebut dah mempunyai 4 report yang berbeza, sebelum saya buat transfer saya dah semak pada akaun ccid untuk maklumat akaun jika terdapat report tapi masih clean, rupanya mangsa2 yang bersama saya ramai
cuma satu je saya nak pesan.

walaupun kita cek ia ada pendaftaran yang sah, tapi individu tu yang curi info company lain untuk kegiatan penipuanya tu.

masa bank in kat mereka puan bank in atas nama individu atau syarikat ya?

jika atas nama syarikat, adakah nama bank syarikat tu sama dengan syarikat yang dia daftarkan?

Boleh kongsikan tak puan?
 

Members online

No members online now.

Forum statistics

Threads
55
Messages
200
Members
53
Latest member
jocelynripin
Top